Family MamaD

Family MamaD

Teman Setia mamaD

Note dr mamaD :

NOTE FROM mamaD :-

layari :- http://www.facebook.com/muslimahbijak.collections
dan jangan lupa bagi yang sedang cari2 kereta tuuu..leh lawati

~Dear Customers, please refer to our size chart before choosing the size for your T-shirt Muslimah.Thank you.

~Kepada pelanggan yang dihormati. Mohon rujuk carta ukuran T-shirt Muslimah sebelum membuat pilihan saiz. Terima kasih.

~Dear customers.To avoid confusion, we already taken out details for no stock T-Shirt Muslimah.

~Kepada pelanggan yang dihormati. Untuk mengelakkan kekeliruan, pihak kami telah mengeluarkan details bagi T-Shirt Muslimah yang telah kehabisan stok. Harap maklum.

~Dear Customers.Please take note that all sales is subject to stock availability.Muslimahbijak.com do not keeps all the designs and sizes at all time. We suggest that you check the design/size availability by clicking the link below the slide show.Thank you.

Wednesday, April 20, 2011

JOM BUAT LIST SENARAI KELENGKAPAN UTK BABY DAN MAMA

sebahagian keperluan baby yang baru mama beli....uuhuhuh..




Alhamdulillah...
3/4/11...sudah 7bulan aku melalui proses kehamilan yg ke-2 ni..
lagi 2 bulan je lagi....keluarga aku akan menyambut org baru...
perasaan tu tuhan saje la yang tahu...berdebar2...excited...bersyukur...keluh kesah..(ye la org dalam ni aktif betul...hihihi

Sebenarnya aku belum lagi buat persediaan ape2 pun lagi nih!!
insyaallah...13hb april ni...lepas je scan baby kat klinik gomen... ujung minggu tu klu free..terus nak g beli...kalau boleh nak pastikan betul2 lepas scan tu..yg kat dalam ni boboy or gegel kan...
tuari g swasta...katanya 110% gegel...hihihihi...

so,nak tau gak ni...ape yg perlu aku beli...nk gak buat bajet ni....kekadang nampak je mudah...tp hal2 mcm ni kena la stanby awal2 kan....nnti dah masuk 8bulan...9bulan...takut tak larat nk lama2 ronda cuci2 mata nk beli kelengkapan mama dia ngn baby dia...hehehee

so,ape ek...jap baik aku search kat gugel dulu...leh la tambah2 ape yg patut..

ni utk kelengkapan sepenuhnya yg perlu disediakan...bkn semua nk kena bwak g hospital nnti tau..hahahaaaa

a) Satu beg pampers newborn/size S kalau bule beli beg yang besar sekali coz baby baru lahir selalu kerap berak
b) 5 pasang baju persalinan siang & 5 pasang baju tidur
c) 1 paket napkin untuk membedung baby
d) 4/5 pasang barut untuk elakkan baby kembung perut
e) set mandian dan kemasan baby biasanya dia jual dalam beg ada bedak/shampoo/lotion dll
f) Alas getah lapik untuk persalinan lepas mandi atau masa menyalin pampers & baju
g) Set tilam baby dengan bantal (paling bagus tilam dan bantal kekabu)
h) Kelambu baby untuk elak nyamuk
i) Nappy liners untuk elakkan ruam lampin/pampers
j) Beg bayi untuk jalan-jalan
k) 2 helai selimut
l) 2 helai tuala mandi bayi
m) stokin tangan dan kaki, topi

Oh ya, sebelum anda ke pusat bersalin @ hospital, anda harus membawa
(biasanya suami lah yang akan membawanya) perkara berikut Untuk Anda

- Kad Rawatan Bulanan ( / )
- Nursing Bra
- Nursing Pad
- Maternity Panty
- Sanitary Pad
- Baju Panas
- Stokin
- Baju Persalinan (Diperlukan waktu keluar hospital)
- Kain Batik
- Tuala
- Minyak angin @ panas
- kelengkapan mandi..mana tau,kena tahan wad 2,3 hari kan...uhuhuh..

Untuk Bayi:

- Baju Lengan Panjang/Pendek
- Seluar Panjang/Pendek
- Sarung Tangan, Kaki dan Serkup Kepala (Mittens / Booties )
- Barut
- Lampin/Diapers
- Selimut @ kot bayi
- Tuala
- Sabun Bayi
- Syampu
- Bedak
- Losyen Bayi @ Minyak Bayi
- stanby susu tepung tin kecik, botol susu...biasa dokter tak bg bawak...tp tjadi masa kes aku dulu..
tak pndai nk nyusukan danish...so,danish nangis je..tak pasal2 kakak tu senyap2 bg susu anak
kat aku..uuhuhu


Penting: Jangan bawa terlalu banyak kelengkapan. Bawa secukupnya untuk mungkin 1-2 malam sahaja ( bersalin normal)

Hmm jika ada yg terlepas, maybe rakan rakan yang dah bersalin dan ada pengalaman tu boleh tambah tambah.

Selepas anda “check in” ke pusat bersalin atau hospital yang dipilih, dan Dr. akan memeriksa perut anda bagi memastikan kandungan dalam keadaan normal atau tidak. Sementara itu, jantung bayi di dalam kandungan akan diperiksa dengan alat pengesan yang biasanya dipanggil CTG @ Cardiotograph. Tekanan darah, suhu badan dan kadar denyutan nadi anda juga akan diambil oleh petugas di pusat atau hospital berkenaan.

Seterusnya, Dr. akan membuat pemeriksaan dalaman faraj untuk menilai pembesaran bukaan servik dan penurunan kepala bayi. Maklumat ini akan dipantau dari masa ke semasa (hourly) sehinggalah sampai saat anda melahirkan bayi.

Biasanya Dr. akan tanya jika anda masih belum buang air besar, Dr. akan berikan ubat membersihkan usus supaya tiada najis yang keluar masa nak melahirkan bayi nanti.

Anda dan bayi akan dipantau dari masa ke semasa, biasanya antara 15 ke 30 minit sekali. Sementara pemeriksaan dalaman faraj (seperti yang diterangkan di atas tadi) setiap 4 jam.

Ramai juga yang bertanya saya, sakit tak nak bersalin? Ada tak ubat penahan sakit? Sebenarnya ada beberapa jenis penahan sakit yang boleh dan biasa ditawarkan oleh Dr. berdasarkan situasi anda:

  • Pernafasan @ Deep Breathing
  • Entonox ~> setiap kali terasa sakit, anda menghidu gas yang akan mengkhayalkan.
  • Suntikan ubat untuk menghilangkan kesakitan.
  • Epidural ~> Suntikan ubat khusus yang akan mengebaskan sebahagian badan dari pinggang ke bawah, kaedah ini anda perlu melakukan tanda tangan sebagai bukti bersetuju untuk melakukan kaedah tesebut, di dalam satu surat yang diberikan oleh pihak Dr.

Seterusnya ialah saat untuk bersalin, sebaiknya suami anda ada bersama anda, menggenggam tangan anda, memberikan kata kata semangat kepada anda, memanjatkan doa ke hadrat Allah swt agar proses anda melahirkan anak berjalan dengan baik sekali, Insya Allah. Suami memang dibenarkan untuk menemani anda. Bagaimanapun ada suami yang takut melihat darah, tak berani nak bersama menemani isteri yang hendak bersalin, nanti dia pulak yang pengsan. So, tanya suami anda bebetul dahulu, jika suami tak boleh, ibu anda boleh menggantikannya.

Selamat bersalin!

No comments:

Permata Hati Kami

Yahooooooooooo!!!muka anak mama iras muka mama n papa!!!!ahaks!!

Rehat Sebentar...