Family MamaD

Family MamaD

Teman Setia mamaD

Note dr mamaD :

NOTE FROM mamaD :-

layari :- http://www.facebook.com/muslimahbijak.collections
dan jangan lupa bagi yang sedang cari2 kereta tuuu..leh lawati

~Dear Customers, please refer to our size chart before choosing the size for your T-shirt Muslimah.Thank you.

~Kepada pelanggan yang dihormati. Mohon rujuk carta ukuran T-shirt Muslimah sebelum membuat pilihan saiz. Terima kasih.

~Dear customers.To avoid confusion, we already taken out details for no stock T-Shirt Muslimah.

~Kepada pelanggan yang dihormati. Untuk mengelakkan kekeliruan, pihak kami telah mengeluarkan details bagi T-Shirt Muslimah yang telah kehabisan stok. Harap maklum.

~Dear Customers.Please take note that all sales is subject to stock availability.Muslimahbijak.com do not keeps all the designs and sizes at all time. We suggest that you check the design/size availability by clicking the link below the slide show.Thank you.

Friday, May 29, 2009

BALAS DENDAM!!!!!!


KISAH YG KU ALAMI

Assalamualaikum semua kwn2 alam maya ku..he2.....

ni nak cter sikit ttg hal2 yg sudah aku lalui n bakal aku lalui...

KISAH ANAK

-wah!!happy danish ni dah stat cuti sekolah...mcm tau2 je dia tu 2minggu tu lama mana...he2...tp mcm biasa la..homework belambak la...td balik je sek,seboleh2 dia nak siapkan semua homework tu..mak'ai,bukan sikit2 tu..padahal mata dah merah..ngantok...ttp nak buat gak...mama dia mcm biasa la..asik nak marah je..klu stat danish ni taknak dengar ckp..he2...cuti sek ni...ada hari tbuka sek danish nnti...9hb jun..haiiii...dapat no. berapa la gaknya..ekekee...pastu td dpt surat dr sek..ada aktiviti gotong royong pulak...sebab naik cuti ni..sek danish pindah sek baru...so,cikgu dia ajak la sama2 bersihkan sek baru tu...uuhuhuu..layannnnn...korang tau hubby aku kata apa..."eh kita bayo ape...buat la sendiri...bukan sek gomen..kan sek swasta...nak mintak2 tolong pulak..."...saboooo je la laki aku ni...

SEPANJANG CUTI

- eeerrrmmm...cuti sek ni..anak cuti..bapak cuti..mama mmg sntiasa cuti...he2..so bebas la kitaorg nak ke mana pun..so,esok pagi sabtu...aku n family dlm 3 keluarga akan ke BENUT...sebab sepupu aku ni nak nikah esok...so,pagi2 kenalah btolak...g saing2..meriah gitu...balik hari jew...pastu nak hari Ahad ni kalau jadi nak tgk WAYANG...dah 3 hari rancang nak g tgk wayang..tp tak jadi2 sbb time dia tak kena laaa....

pastu malam ahad tu...terus brtolak ke rumah mak mertua aku...sekampung je ngan umah mak aku..BALIK KAMPUNG!!!!hehhee...sebab hari isnin tu my ANNIVERSARY YG KE 6THN tau....kitaorg nak berangkat ke TERENGGANU....mungkin 3 hari kot...lepas balik t'ganu tu...mcm biasa la..aktiviti bebas...kitaorg leh g ke mana saje yg kitaorg suka...he2...ada cadangan nak wat family day...tp lom ada keputusan lagi...


DIRIKU N MY HUBBY

-setakat nih...semua ok..alhamdulillah...hubungan kami suami isteri sentiasa bahagia...gaduh2 sikit tu biasa la kan...tp kurang jugak la...sekarang ni nak gaduh2...cool jew..heheh2..Apa yg brlaku kat aku smlm....uuuwaaaaaaaaaaa!!!!

nak dijadikan cerita...azam nak sambut aniversary la ni konon...pergh!!!kat kepala otak ni dah rancang la..nak tukar2 posisi bilik tidur tu ha...wakakaakkk...lama jugak aku memikir...nak ubah taknak ek..kang penat pulak...hubby kat sek...so,kena wat sorang2 la..lagipun aku tak suka kalau ada org lain...suka buat sorang2..aku la boss..aku la kuli...ekekee


kemas punya kemas nih...terpikir la nak pindahkan katil bilik tetamu tu kat bilik sebelah pulak...sbb bilik tu aku nak buat tmpat bilik mainan danish ni ngan bilik dia tonton cd...


dgn semngat berkobar2 ni..aku pun angkat la katil aku tu..ceh!!!ringan jew...wakkaaka..dgn bangganya aku angkat ni..(katil kayu kalau dah takde tilam kan ringan)...pastu tah mcmana..aku terlepas bucu katil tu... terkena la jari kaki aku nih...YA ALLAHHHHHHHHHHHHHHH!!! hanya tuhan yg tau..betapa sakitnya anak jari kaki aku nih...tersentap darah..mcm tak leh bnafas dah aku ni...adooooiiiii...sakitnyer.....cepat2 aku isi gamat..pastu aku tgk..jari aku tu dah birat..warna itam..bengkak...!!!!

so,mlm td aku takle gerak mana2..nak amik air pun...hubby yg amikkan...ekekeee...ngegade la tu....hubby aku mmg dah paham sangat dah...aku ni mmg tak reti dok diam..kalau dah stat mgemas...mmg tak ingat apa dah...kusyuk!!!kecuali kalau aku ni dah stat ngadap intenet...mmg sah la aku tak cuit umah ni..ekkeee

JIRAN2 YG SENGAL

Ya allah..hanya tuhan yg tau...mcm2 perangai diaorang ni...baik yg belah kanan..belah kiri...belah satu lagi...mmg memeningkan kepala aku...


-mana taknya...jiran aku ni kiri kanan bersaudara...tak kisah la tu kannn...ade aku kesah!!!!!!!..tp yg mboringkan aku tu..diaorg ni iban...sarawak...mula2 mmg tension..tp lelama ok la sikit...tp yg buat aku pening ni...jiran aku yg belah kiri ni...haiii...dah nak seminggu ni..bela anak anjing pulak dah!!!!!!sakitnya la ati bila dgr anjing tu memekak!!!najis pun ye..tp nasib baik la dia tu kira pembersih sikit..adoooiiyaaiii..suara anak anjing tu mcm tercekik je aku dengo..pastu si danish ni la..dah takut semacam je..taknak main kat luo dah sekarang ni..takut katanya...pening2...setakat ni ok lagi...tp tak tau la..lama2 nnti mcmana keadaan anjing tu???

-pastu jiran aku yg satu ni pulak...dia ni dah kematian suami..anak 5..kecik2 lagi..paling tua darjah 6...haiiii...begitu la nasib kalau ditinggalkan suami sehelai sepinggang..tanpa apa2 simpanan..hidup tonggang langgang...masyarakat tak amik peduli..pastu jiran aku tu..mmg tak penah kuar rumah...sejak laki dia meninggal..ramai gak org dtg kutip utang dia tak bukak pintu...mmg la kesiannnnnn sangat...tapi nak wat mcmana kan,,,,?kita tolong setakat yg kita mampu je la...yg buat aku runsing tu...tiap2 hariiiii sepupu lelaki dia tu (budak tu dok sekali ngan kak sam ni..umo dlm 27 gitu..malas pulak tu nak kerja...pelik aku..dok numpang umah kak sam tu..)kak sam ni hari2 la..dok anto sms kat aku ni...nak pinjam moto...nak g kedai la...nak anto anak g sekolah la..nak g atm la...ke hulur ke hilir....ya allah la hai..ampunkan la dosa aku ni...tak kasi pinjam kang...kedekot pulak...mcm tak nak tolong org susah!!!tp bila dah dibagi pinjam...ganazzzzzzzzzz semacam je bila pakai motor kita tu...aduuiiiyaiiii..masalah betul...!!!pastu paling tak kenan tu...dia boleh bg pulak anak dia yg kecik tu bawak motor aku tu....kalau tjadi2 apa2 mcmana???nama motor tu nama laki aku...tak pasal2 pulak!!!!hubby aku dah marah dah tu...suh aku bgtau kak sam.yg dia tak kasi lagi pinjam motor tu...haii..aku ni la yg dlm delima...serba salah dibuatnya....hisssh!!pening laaaaaaaaaa...

pergh!!!dah panjang lebar lebo dah rupanya aku melepaskan perasaan kat blog aku ni..wakaaaa...mcm org balas dendam pulak....!!


tak pe la..yg ptg aku puas...lagipun...cuti sekolah ni confirm aku mesti takde masa punya nak bukak pintu umah aku ni nak melayan kawan2 blogger aku ni...heeh22...ye lah...cuti2 malaysia la katakan....


oklah...cukup la dulu...kalau ada yg mmbaca n3 aku ni..dan memahaminya..aku ucapkan terima kasih la bebanyak..sbb ada masa nak baca luahan hati aku yg tak seberapa nih...ekkeee...adios....


sapa2 yg selesai mmbaca..mamaD nak bg award nih...sian dia..penat dia baca kan...dah penat2 dtg umah mamaD...ni mamaD nak bagi award nih..g la tepek kat umah korang...umpama datang bg air ngan kuih la...wakakaa...


alamak!!nape kecik je award nih..layannnnnnnn




Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

punca tak boleh mengandung..


Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil 'mencuci' yang kecil.Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian 'mencuci' mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk'mencuci'haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol,sebagai dadah 'Dating' dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan 'mencuci' agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai...

p/s...mcm2 kes dah sekarang ni kan....klu tak bhati2..mmg bahaya...sesungguhnya kesan dadah sungguh bahaya dan menakutkan.....:(



Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Thursday, May 28, 2009

ada apa pada nama seseorang?




maksud disebalik huruf awal nama seseorang


S - Siti Zulnorain (MamaDanish)

Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.


R - Rahman(Suamiku)

Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.


D - Danish(Anakku)

Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
nak tau rahsia disebalik nama korang...meh g kat web ni.. http://name.crazyartzone.com
layannnnnnnnnnnn...

Penangan BEN 10...


Kisah Danish ngan Ben 10

Hari Ahad lepas...kitaorg g giant...biasalah..papa dah bnyk habiskan masa kat camping kan..tghari Ahad tu balik...terus ajak mamaD ngan Danish p giant...saje..nak cuci2 mata...bkn nak shoping pun...he2..lagi pun sabun NV mamaD dah habis...ajak la hubby p beli sekali...

Jalan punya jalan....jumpa la baju Ben 10 ni haaaaa....Danish ni skrg tengah kemarok ngn barang2 Ben 10..pantang jumpa..mesti mata dia tertumpu je kat brg2 Ben 10 nih...

Kalau korang selalu je mamaD tgk upload baju2 baby girl kan...geram jek..kali ni mamaD nak upload baju2 budak lelaki pulak...my boy la...biasa budak2 lelaki ni...mcm ni la..minat ben 10,naruto,....

Lepas je belikan Danish baju ngn seluo Ben 10 nih...kitaorg singah la McD jap..heheheee...Si Danish ni tak pasal2 nak tuko baju...nak pakai baju BEN 10 masa tu gak...sabooo je la...layannnn...kat situ gak la mamaD kena pakaikan bju tu...pastu bila nak snap...siap pusing belakang tu...tak nak snap muka sndiri..nak snap gambo Ben 10 tu...haiiii...dah mmg lelaki...mcm tu la....

Nak jugak tunjukkan gambo Ben10 kat lengan tu...wakakaaa..suka sangat la tu bila dpt baju BEn 10...

Dapat la belikan baju Danish ni 2 helai...baju malam selai..siang selai...kopak gak rm50 campo sabun NV mama rm50..rm100 aritu melayang mcm tu je aritu...haii..skrg ni nilai RM tu dah mcm air jeee...kejap je abis...uuhhuuu....tak pe lah..yg ptg anak aku happy gitu..yg ptg dia rajin g sek..rajin belajo...udah...

tgk tu...danish klu kat umah mmg rajin....tak sek tak tau la.....
suka betul dia kalau bab2 baca buku Bacalah ni...tp biasalah masih tersangkut2 lagi bila mbaca...uuhuuuu...



Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

TAG n Award dr Aina


Award ni diberi oleh
AINAZLIENA - BLOGGER DR PASIR GUDANG GAK...HE2
Terima kasih byk2 yek..dan untuk award ne..
kena ler menjawab tag.
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie..
AINAZLIENA anda seorang..-
* yg cantik dan manis (spsg mata yg cantik)
* seorg ibu kpada 3org puteri yg comel2 dan cerdik (syeira no.1)
*Pandai buat laksa kuah putih...(sedap je nampaknya)
*wanita yg bekerja
*blog aina kaler ijau..mdamaikan..
Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri
sebelum memilih penerima award yg seterusnya...
* Isteri kpd seorg guru (rahman),kami agent insuran GE...mmg suka bila melihat kaum melayu amik insurans untuk perlindungan diri dan keluarga..
* Mama kpd seorg anak (Danish)
* bekerja dirumah sendiri untuk hubby dan anak..tau cukup bulan dibayar gaji..wakakaaa
* suka sangat mengemas rumah dan tukar2 posisi perabut...sampai hubby aku ni kekadang pening...tak reti diam...wakakaa
* suka dok ngadap laptop ni suft intenet...kekadang satu ari sampai 5 6 jam surf intenet,,,parah!!!!
* mpunyai wajah yg mcm sombong..org kata la..tapi hakikatnya...bila dah kenal...tak terlayan ler...mmg akan jd kwn baik punya..
* Suka ikan...aku akan puas bila tgk ikan yg aku bela mbesar...
* Tak suka tgk rumah bersepah!!!pantang tu...
* suka ajak hubby g window shopping....walaupun setakat cuci2 mata jew...he2
* Bersyukur sebab setakat ni hubby aku telah mmberi apa yg aku nak...jarang mngecewakan apa jua pmintaan aku sbgi surirumah tangga...he2
Penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :-
utk 6 org yg terpilih...nnti passing2 yekk..
* Faridah (kwn paling dekat)
* Izah (happy sgt sbb dah pregnant)
*Baiya (rajin bg komen kat mamaD)
*ain (nama anak ain sama ngan anak mamaD)
*mamasyaza (blogger baru mamaD)
* Yan (suka wat contest..rajin..)

Oklah setakat ni dulu....ok..caw!!!


Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

RM120 SBLN - TABUNG PENDIDIKAN & MEDIKAL KAD (ISLAMIC PLAN)

Kepada sesiapa ibu2 yg mahu amik plan plindungan untuk anak2..boleh la tanya kat MamaD ye...:)
tak rugi kalau kita bg insurans untuk plindungan anak ni...
sekurang2nya...anak sudah ada masa depan yg cerah dan dirinya sentiasa ada plindungan...:)

Contoh Plan untuk anak:- ada saving n kad medikal..islamic plan

RM120 SEBULAN :-FAEDAHNYA....

1)SIMPANAN (20THN) RM30,200 KALAU (25THN) RM42,100 KALAU (30THN)RM56,600
(simpanan ni takkan terusik jika blaku apa2 musibah)

2)MEDICAL BILL
-RM60,000 SETAHUN
-RM2,000 PESAKIT LUAR (KEMALANGAN)
-PRLINDUNGAN 80THN
-RM480,000 SEUMUR HIDUP
-HOSPITAL PAKAR SEMELAYA
-CO-INS 10%/MAKS 500.00

(Jika anak terkena penyakit yg perlukan kos rawatan melebihi rm5k ke..rm50k ke..sbgai ibu bapa..kita hanya perlu stanby rm500 je untuk teruskan rawatan di pakar...selebihnya ditanggung oleh Great eastern)...berbaloikan???)
-ACCIDENT DEATH 10,000
-INCREASE ANNUAL LIMIT

4)ELAUN HOSPITAL
-RM50 SEHARI DI WAD
-COVER SEHINGGA 70THN

5)JAMINAN PEMBAYAR
-JIKA PEMBAYAR :-
*MENINGGAL
*LUMPUH
*36 PENYAKIT KRITIKAL

(so,tak perlulah kita risau..bila tjadi apa2 kat kita..sbb bila musibah menimpa kita (sgai pmbayar...)anak kita akan hidup tanpa meminta2...)
-PRIMEUM PERCUMA SEHINGGA ANAK BERUSIA 25THN...

KEMATIAN/LUMPUH DAPAT RM50,000

UMUR
1 BULAN - 17TAHUN

(duit simpanan boleh dikeluarkan...jika anak kita dapat melanjutkan pelajaran atau max. rm5k dlm insurans...duit boleh dikeluarkan...jika terdesak la...sbb insurans ni simpanan yg patut kita lupakan..untuk masa depan anak2...)

nak nyelit sikit kat sini....
smlm korang tgk tak Talian Hayat kat tv7...
ttg nasib suami isteri yg anak mereka 3org sakit..
duit takde...nak buat rawatan..
nak mintak tolong..semua org buat tau..
nak guna duit simpana sndiri..tak cukup..
malah nak beli susu anak pun takde..
musibah mcm ni lah yg patut kita renungkan...
Macamana la nasib anak2 kita nnti,jika mereka
langsung tiada perlindungan...???
Mcm2 penyakit skrg ni..kekadang dari baby sihat je..
tapi bila usia dah mjangkau 4 5 tahun..
baru la bmulanya bmacam2 penyakit dan musibah..
kita tak penah minta semua ni blaku ke atas anak kita..
tp alangkah bagusnya..jika anak kita kecil2 lagi sudah memiliki insurans untuk masa depannya..
tp kalau sebagai ibu bapa sndiri yg masih mampu
bershoping...mghabiskan duit untuk kepuasan diri..
bkn tak boleh bshoping..tp pastikan duit lebihan itu kita
gunakan untuk benda yg lebih ptg...
untuk masa depan anak kita...
Masa kita ada nilah kita sediakan segala plindungan utk anak..
tp bila terjadi apa2 pada kita..
siapa yg harus uruskan kehidupan anak??
kakak,abang..adik...ibu bapa kita yg sudah tua??
bagaimana anak kita mampu teruskan kehidupan
tanpa sesen pun duit ditangan...??
fikirkan la sejenak untuk nasib anak kita....
Jika kita buat tabungan di bank..
jika anak sakit..sekelip mata je duit tu akan habis untuk menanggung rawatan anak yg mahal...
tapi..jika kita menyimpan di insurans..duit simpanan tak terusik..malah anak kita mampu dptkan rawatan di pakar..
kerana segala kos ditanggung oleh syrkat insurans..
so,fikir2kan la untuk masa depan anak anda..
"jgnlah tinggalkan anak & isterimu dlm keadaan yg meminta2.."

Tuesday, May 26, 2009

Bantal Busuk Danish



Bantal Busuk anakku danish....
(patung Mr bean...Teddy...)

Arini mamaDanish nak cter la sikit pasal bantal busuk danish ni....hikhikhikkkk...
tak malu btol anak mama ni....uuhuhuu..
ada tak kat sini yg anak2 korang punya bantal busuk...
leh sama2 share..mcmana rupe bantal busuk anak korang yek....
meh!!!cepat upload...mamaD nak tgk...he2

Tapi kalau korang nak tau...bean ni la kawan danish kat umah....kekadang tu aku tgk mcm la bean ni idup dibuatnya..wakakaa..

mana taknye...kalau aku baring tertindih sikit je bean ni...mula la danish kata dengan suara yg lain...kecik je suara dia..."aduiii..mama....bean sakitttt...."

kalau dia nak baca buku ke apa ke...mesti dia letak bean tu kat sebelah..seolah2 bean tu tgh dengar apa yg dia baca..pastu kalau nak tido..nak minum susu..wajib mesti amik bean dulu...wakakaa...itu la hakikatnya....
mcm tu la sayangnye danish ni kat mr bean yg digelar bantal busuknye....he2

kat bawah ni salah satu contoh yg sempat mamaD uploadkan...tgk la betapa busuk dan buruknya bantal busuk anakku ni..wakakaaa

Korang tgk la sendiri keadaan leher bean ni....wakakaa..

menannnahhh mata!!!! itulah kesan2 jahitan maut dari mamadanish...wakkaaa.. naik lebik bean tu asik dibawak ke hulur hilir jew....

Tengok la ni...kesan rabakkan yg telah anak aku buat..wakakaa..nasib baik patung..kalau org ni..habislah...maut dah... apalagi...mcm biasa..."mama..cepat la jaitkan bean danish ni..." uuhuuu... gitu la ayat merayu anak aku yg bernama danish...
Dengan penuh kasih sayang le aku menjait sesuka ati leher bean ni..yg ptg terkatop sudah leher dia...lantak la nak pakai benang kale apa pun..wakkaa


Selesai proses jait...aku pun terus la masuk dlm mesin basuh..letak soflan..basuh secukup2nya..bio bersih sikit..dan rau rau baunya...

tak sabar nak tunggu danis balik sekolah...mesti dia suka tgk bean dia kena sidai mcm tu rupa...wakakakaa...


setelah di edit...
reaksi danish bila balik sekolah...bila tgk bantal bucuknya di sidai begitu ruper...he2..

Seboleh2nya...danish ni nak amik gak bean yg belum kering tu....uuhuhuu...

"Mama....nape sidai bean mcm niiiiii!!!!sakit kepala diaaaaaaaaa..."

haiiii...sabooooo je la......

Sekian untuk lawak arini...jgn lupa ye..uploadkan bantal busuk anak masing2..pastu jgn lupa inform kat mamadanish....



Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Sunday, May 24, 2009

Dapat Award lagi..he2...

Terima kasih la.....sebab sudi bg Award ni untuk umah MamaDanish ye...:)

Award dr Baiya
Award dr Mummy Adam

Award dr Mummy Adam
&
Mamasyaza

Dari MamaD..





Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Saturday, May 23, 2009

Pak Nil punya pasal...


MamaD nak bg award ni kat sapa2 yg singgah kat umah mamaDanish78 nih...
ambik la yeeee...
Jangan Lupa Lirik...Ye yeeeeeeeee...!!

Apa saje rancangan yg pengacaranya Pak Nil...mmg la akan mjadi kesukaan si danish ni...


Kalau stat je.."Mama!!mama..mana micropon danish!!!!."

mulalah...habis semua laci kat umah ni dia selongkar....

Masa AF dulu,Pak Nil yg jg p'cara...mmg sah la mlm tu dia takkan tido selagi tak abis...

stat AC yg jd pengacara..langsung danish tak excited pun...budak2 AF pun dia tak berapa kenal...kalau Pak nil la...setiap apa yg Pak Nil cakap..akan dia ikut satu2...walapuuuuuunnn...pelat gitu..wakakaka


tengok tu....ye yeeeeee je si danish ni....mmg tak leh nak tukar chanel la jawapnya...he2...kelako pun ada...kesian pun ada...ye la...kali ni lom ada lagi lagu yg dia reti nyanyi..hehee...dia main bantai je...ikut ujung2...wakakaaa

Tapi mmg terer la budak pompuan ni nyanyi...dah sampai tahap rm25k dah...uuhuhuu..kayo2...



Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Friday, May 22, 2009

Aktiviti hujung minggu..tanpa hubby dirumah

Aktiviti hujung minggu tanpa hubby di rumah.....uuuhuhuu

Selain aktiviti aku mengadap laptop ni..berblog je kejenye...
berchating ngan kwn2....tgk Myspace...tgk Facebook..tgk Tagged....surf itu..surf ini..


aku ni sbnonyer minat giler ngan bela2 ikan ni....mula2 dulu aku bela ikan kat aquarium kat dalam umah...bela ikan Kelisa....bela la dr kecik...sampai la beso saiz lengan aku ni...tapi..sayang seribu kali sayanggggg....ikan kelisa tu mati la...aku lupa tutup aquarium masa aku keluar rumah g makan....balik je terus tido...pastu pagi aku tgk ikan kelisa tu dah melompat...kejong kat atas lantai..uuhuhuuu...sedih...

nilah dia aquarium aku dulu....sekarang dah takde dah...frust la ikan kelisa tu mati...aku dah bg aquarium tu kat kawan aku..sedekah...ekekee...kawan aku tu dia baru je pindah rumah baru...hubby dia minat jugak nak bela2 ikan ni...hubby aku kata...bagi je la aqurium tu kat dia..nnti kita beli yg dah siap punya kat luar laman...

bila aku dengar je...hubby aku kata nak beli lain...aku pun apa lagi..."ina...meh la dtg umah akak..amik aquarium ni..."wakakaaa...

Tapi dah beberapa bulan hubby aku tak beli gak..uuhuhuuu..hubby kata tunggu kita mozek dulu kat laman tu...uhuu..lamanya lagi..

Tapi bila dah tgh proses mozek kat laman tu...aku pun dtg la idea nak buat kolam ikan kat depan umah ni...hubby aku mmg tak setuju...dia kata nnti tak leh nak pindah2 kolam nya...baik beli yg pasang siap punya...pergh!!tgk kat kedai...semua atas rm1k....membazir la pulak...ehehee...cantik mmg la cantik...

ye la...aku ni kan degil...kalau dah nak tu..nak jugak la...masa org tu buat umah aku ni..aku cakap aku nak jugak buat kolam...dgn berat hati..hubby aku pun turutkan jugak la kehendak mamaD ni....layaaaaaaannnnn....

nilah dia kolam yg tak seberapa nak cantik ni....cukuplah untuk puas mata aku memandangnya....uuhuhuuu...tgk tu..mamaD tengah cuci motor dlm kolam ikan ni...takde keje cari keje betol aku ni....hehhee..tak pe...aku suka...hehee

psssttt..gambo nih keje si danish ni lah...suka main hp mama dia..pastu amik gambo sana..amik gambo sini...nasib baik yg ni ok sikit...leh la mamaD tepek kat blog ni...he2...

Masa ni dah mmg bsepah giler dah ni...nak cuci itu..nak cuci ini...nak tukar air kat dlm kolam tu lagi...tak pe2...slow2....


selesai jugak proses mengemas kolam ikan ptg semalam....tgk tu...dah bersih kan..hehehee...walaupun laman umah aku ni kecik je...tp aku happy dan bahagia dgn apa yg aada...ni semua hasil kreativi tangan aku sndiri tau...

ni pulak...suasana kolam bila waktu malam...selain dengar desiran air di malam hari..yg sungguh menenangkan...aku letak lah lampu biru dlm kolam tu..hehhee...bajet kecik2 je..tp aku puas apa yg ada...:)


Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Mamadanish dapat Award

Ambooiii...spesel nye..award dr halamanfarida ni.....:)
hanya untuk Mamadanish sorang je kew..hehehe
toce..toceee....uuhuuu


Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Tip memilih polisi terbaik utk lelaki/wanita bujang dan berkeluarga


Tip memilih polisi terbaik untuk lelaki/wanita bujang dan berkeluarga

JIKA dilihat senario masa kini, masih ramai antara kita belum memiliki polisi insurans. Tidak kiralah pakej berteras insuran nyawa, perubatan, pendidikan mahupun pelaburan, kepentingan memiliki insurans masih kabur di mata masyarakat terutama kaum Melayu.

Situasi ini jelas menunjukkan amalan memiliki insurans masih baru berikutan tiada didikan serta kesedaran pentingnya dilindungi pakej insurans. Apatah lagi dalam persekitaran hidup era ini yang mencabar baik dari aspek ekonomi, keselamatan dan kesihatan.

Bagi sesetengah pihak, insurans dilihat sebagai beban. Ini kerana terpaksa memperuntukkan sebahagian daripada gaji untuk membayar premium, sedangkan pulangan dan manfaatnya entah bila dirasakan. Apabila berlaku sesuatu kejadian mahupun malapetaka, barulah kepentingan dan faedah polisi insurans dapat dimanfaatkan.

Faktor �sayangkan duit� sering menjadi punca enggan memiliki polisi insurans. Bagi segelintir pihak, purata bayaran premium serendah RM65, RM150 atau RM180 sebulan dilihat sebagai beban. Ini membentuk mentaliti masyarakat yang sering mengelak setiap kali didatangi ejen insurans.

Lelaki /wanita yang menjadi harapan keluarga malah bertindak sebagai ketua adalah individu penting yang perlu dilindungi insurans. Bukan mahu memperjudikan nyawa serta meletakkan nasib malang di bahu lelaki semata-mata, ia sebenarnya berbalik kepada kesan jangka masa panjang serta perlindungan yang bakal dinikmati mereka sendiri.

Mengulas kepentingan memiliki polisi insurans serta kesannya kepada golongan lelaki/wanita, Perunding kewangan tidak menafikan masyarakat secara keseluruhan belum didedahkan faedah memiliki polisi insurans.

Lelaki yang menjadi pendukung keluarga tidak melihat kepentingan diri mereka dilindungi. Ini secara tidak langsung meletakkan nasib serta masa depan keluarga dan serta insan tersayang di
ambang risiko.
Bayangkan jika seseorang lelaki itu tidak dilindungi insurans dan terbabit pula dengan kemalangan,
adakah sekadar perubatan di hospital memadai untuk merawat kos perubatan sedangkan dia mampu mendapat rawatan selanjutnya di hospital swasta serta menerima insentif bantuan kewangan sepanjang tempoh rawatan.

Secara peribadi, bagaimana anda melihat kepentingan memiliki insurans?
Terus terang saya katakan kecenderungan masyarakat
khususnya Melayu dalam memiliki insurans masih rendah.
Boleh saya katakan 90 peratus daripada populasi Bumiputera di Malaysia masih belum dilindungi insurans. Sedangkan, insurans itu sendiri memberi kelebihan cukup besar kepada individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan. Bukan saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada waktu tua kelak.


Pada pandangan anda, apakah yang menyebabkan tidak mahu memiliki polisi insurans?
Ini berbalik pada didikan budaya masyarakat itu sendiri. Jika kita lihat masyarakat Melayu contohnya, budaya menabung itu sendiri bukanlah suatu tabiat sejak dulu lagi. Apatah lagi mengenai pemilikan insurans dalam isi rumah keluarga Melayu.

Keadaan bagaimanapun berbeza bagi masyarakat Cina. Mereka menjadikan budaya menabung serta tabiat memiliki polisi insurans sejak anak-anak masih kecil.

Jadi apa punca sebenar orang ramai enggan memiliki insurans?
Punca utama adalah faktor kewangan. Apatah lagi kesan ekonomi dunia yang secara tidak langsung memberi pengaruh besar dalam perbelanjaan harian masyarakat. Ini lebih dirasai lelaki yang menjadi ketua keluarga lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja dan membesarkan anak-anak di Kuala Lumpur. Diakui, sukar untuk lelaki menanggung kos kehidupan di kota serta pada masa sama memiliki insurans
.
Apakah masih ada peluang golongan seumpama ini memiliki insurans?
Saya tidak kata, tidak. Ia berbalik kepada faktor kesedaran itu sendiri. Jika lelaki sebagai ketua keluarga menyedari kepentingan dirinya sebagai tunggak masa depan diri serta keluarga, insurans adalah jawapan terbaik dalam memastikan nasib keluarga terjamin. Bayangkan apabila diri tidak dilindungi, apa yang akan terjadi kepada nasib diri serta keluarganya pada masa depan?

Bagaimana menilai kemampuan seseorang untuk memiliki insurans?
Kebiasaannya, sebagai wakil insurans kita akan menilai jumlah pendapatan bulanan dimiliki individu dan aliran keluar masuk kewangannya. Sesuatu pakej insurans yang baik biasanya merangkumi 10 peratus nilai daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan. Pakej ini tertakluk kepada skim perlindungan yang dikehendaki sama ada untuk simpanan, perubatan mahupun kedua-duanya sekali sebagaimana yang sering dilakukan pemilik insurans.

Bagaimana kita ingin mengetahui kelebihan sesuatu pakej insurans itu sendiri?
Penting untuk setiap daripada kita mengenali pakej insurans yang hendak ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari.

Berbalik kepada persepsi, bagaimana untuk menangkis tanggapan negatif masyarakat mengenai pemilikan insurans?
Suatu ketika dulu, bila bercakap mengenai insurans orang akan melihat sebagai perlindungan kematian. Orang tidak berminat untuk bercerita mengenai kematian. Ini cerita 10 tahun dulu di mana pakej insurans banyak menjurus kepada pelan insurans nyawa yang memberi imbuhan kepada ahli keluarga jika pemilik insurans meninggal dunia.
Ketika ini, banyak pakej yang dinikmati pemilik insurans seperti bantuan perubahan, kecemasan, pakej simpanan hari tua dan sebagainya.

Apakah yang bakal dinikmati jika memiliki insurans?
Bukan saja faedah dirinya dilindungi, pemilik insuran lazimnya dibekal kad perubatan yang melayakkan dirinya menerima rawatan insentif di panel hospital swasta berdaftar. Hanya perlu menunjukkan kad perubatan insurans, pesakit layak mendapat rawatan pakar berbanding mereka yang tidak memiliki insurans.

Bukan itu saja, sepanjang ditahan di hospital, pemilik insurans juga dibayar. Bukankah itu menarik?
Bagaimana aliran pemilikan insurans sepanjang lima tahun kebelakangan ini?
Boleh saya katakan, dalam tempoh lima tahun ini semakin ramai di kalangan masyarakat khususnya Melayu dan mereka yang menetap di bandar memilih untuk memiliki insurans. Kesedaran ini semakin berkembang kerana memikirkan kesan jangka masa panjang untuk mendapatkan perlindungan terbaik untuk diri serta keluarga.

Kalau kita lihat hospital kerajaan hari ini juga menyediakan rawatan pakar di mana ia mengenakan kadar bayaran tinggi untuk pesakit yang memerlukan rawatan. Sebab itu harus kita fikirkan kembali pentingnya memiliki insurans.

Pada pandangan anda, bagaimana mahu mengubah persepsi masyarakat mengenai kelebihan memiliki insurans?
Ia harus didik sejak kecil dan bermula dari peringkat sekolah. Menjadi tanggungjawab wakil insurans juga mendekati masyarakat untuk memastikan yang mereka faham dan sedar pentingnya memiliki insurans dalam persekitaran cukup mencabar hari ini.

Apakah faktor yang menyumbang kepada perangkaan itu?
Mengikut sumber yang kita boleh percayai, tidak dinafikan lelaki lebih ramai memiliki insurans berbanding wanita. Mungkin disebabkan faktor kesedaran serta peranan lelaki sebagai ketua keluarga dan tanggungjawab mereka yang lebih besar menyebabkan mereka memilih untuk memiliki insurans.

INFO: Rahman Bin Ambak
Umur: 31 tahun
Tarikh lahir: 22/10/1978
Tempat lahir: Johor
Tinggi: 178 sentimeter
Berat: 75 kilogram
Emel:
rohamimnun@yahoo.com.my
TIP: Kenapa saya harus miliki insurans?
Sebagai persiapan jika ditimpa musibah, saya tidak tahu bila kemalangan akan menimpa.
Memiliki insurans ketika masih muda dan sihat boleh dapat pulangan lebih tinggi apabila tempoh matang insurans.
Sebagai simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
Kos pengajian semakin tinggi. Misalnya, anak saya perlu ada insurans untuk meringankan beban saya kelak.
Jadi peninggalan untuk anak dan waris jika saya meninggal dunia akibat musibah.
Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya saya dimasukkan ke hospital.

Sekian,berusahalah ke arah yang lebih baik....Tingkat ilmu anda ttg Insurans.
Great Eastern merupakan syarikat yang paling tinggi asetnya yg disenaraikan oleh Bank Negara iaitu sebanyak RM26,391.529 (boleh lihat di web Bank Negara)

RM1 sehari untuk dptkan nilai kad medikal rm60k setahun


OUR KILLER PRODUCT
- RM60,000 Setahun

- Min 8 Jam di dalam wad- RM 2,000 Pesakit Luar ( Kemalangan)

- Perlindungan Sehingga 70 thn- Seumur Hidup RM 200,000

- Hospital Pakar SeMalaysia - Co-Ins 10% / Maks 500.


(Kalau terkena penyakit Kritikal yg dikenakan kos bayaran rmrm50k untuk rawatan di pakar...anda hanya keluarkan duit simpanan sendiri paling mak.rm500 je...selebihnya,pihak GE akan tanggung)

Ujung Minggu ni kena tinggal la...ada petua sikit


eeerrrmmmm.....boringnyerrr...

Hubby aku kena g camping ujung2 minggu nih....
maklumlah...cikgu...mcm2 kena buat aktiviti ujung2 minggu...
tak dapat la..nak ke mana2...uuhuhuuuuu
Dok umah layan tenet je ler..danish tgk katon...hehee
tp...hubby kena tido kat tmpat camping tu....
biasa la bawak beg baju...nak tido kat tmpay camping la kononnya....
tp dah biasa dah.....kol 12mlm - 3pagi...mesti ada org ketuk pintu punya....nak masuk...wakakaaa
takde maknenya laki aku tu nak tido kat tmpat camping tu....hehehee..
nasib baik dekat...tp selama ni mmg dekat2 je tmpat camping tu...kalau jauh2 sure aku ikut nye....

Haiii...pejam celik...minggu depan 31/5/2009 dah genap usia perkahwinan aku 6thn...

I Love u Papa...ekekee...

korang jgn lupa wish mamaD tau...hehehe...


Tp mamaD takde kat sini....kitaorg rancang nak g Terengganu....
Korang bayangkan la....dah 6thn kawin..baru nak g umah sedara belah mak mertua aku ni...
mak mertua aku ni asal ganu...heheheeee...
so,harap2 enjoy la nnti....
apalah yg best gaknya..kat ganu ni yek....
haaaaaaa..tak salah ada kwn blog mamaD...(farah) asal ganu kan...
nnti leh la cter2 tmpat best2 kat ganu..hehhee..



p/s....nak nyelit sikit la petua....mana yg dah tau...layan je la...
tp bagi yg belum tau...dan masih tercari2 lagi...
petua bio anak tak kencing malam...buat mcm ni...
masa anak kita dah baring nak tido tukan....selain drpada cara kita tidak digalakkan bg susu masa nak tido(kena pastikan la..anak minum susu awal sejam dr masa dia nak tido,pastu sblum tido..bawak g toilet dulu...)...

apa yg perlu kita buat....masa anak kita baring tu kan...kita angkat kaki dia dua2 belah,,kepala kat bawah sebanyak 3 kali...confirm tak kencing malam punya...try la...
patut la anak sedara aku tu 2thn lebih dah tak pakai pampes...umo 3thn je...100% dah tak pakai pampes...pelik gak...rupernya..inilah petua yg emak dia amalkan....

selamat mcuba n jgn lekas putus asa tau....




Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Thursday, May 21, 2009

Amik TAG dari MummyAdam

TAG ni mamaD amik kat umah MummyAdam....hehehhee...
rasa teruja plak nak jawap TAG ni...layaaannnnnn....

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
baru je sowang.....uuhhuuuu...boy

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Sebenarnya dah ready nak tambah dah....tp lom ada rezeki lagi la....dah nak kat setengah tahun gak mencuba ni..tp tak dapat2 lagi..uuhuhuuhuuuu

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Muhammad Danish Zharfan bin Rahman maknanya seorang anak yg baik,ada wawasan,boleh berdikari dan pintar....:)

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Tentulah mama dia yg bagi...maklumlah anak pertama...excited la....
ye laaa...kita dah penat bawak selama 9bulan kan....mestilah kita yg nak bg nama tu..hehe2..mula2 dulu nak letak danish iskandar..tak jadi...stelah bincang ngan hubby...kita setuju letak Danish Zharfan...sebab makna dia lebih elok...

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Entah ek...lupa dah...dah lama sangat dah...tp rasanya...dari buku kot....
yg Zarfan tu dapat dari majalah...masa tu ada kat nama2 anak dlm islam...

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
Sebenarnya...dah mcm2 dah berlegar nama2 untuk anak ni...hehheehheee...kesian aku...
tp yg terbaru ni...berangan2 da...klu dpt baby girl..nak kasi nama (Bunga Iris Dyrisha)....
Klu baby Boy...(Darius ke...Darwin ke..Darwish ke...)tgk la nnti...salah satu nama mesti ada kat dlm nama baby boy aku nnti...

7. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
4 org...2 boy 2 girl....meriah sikit...tp......umo aku pun dah 31 dah....eerrmmmm...mcmana la nak cukupkan lagi 3 tu....:(

8. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
anak baru sorang la...

9. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?
Mestilah nak baby girl!!!!!!!!!!!!!!!!sebab baby boy dah ada...tp klau tuhan nak bagi kembar pun..apa salahnya...wakakakaaa...apepun aku terima apa yg tuhan bg..yg ptg sihat,cukup sifat...comel....:)

10. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
Iras muka mmg la 100% iras muka hubby aku....tapi jari dia..sama mcm aku...kulit..perangai pun ada sikit2..hehehheee

11. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger..




Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Wednesday, May 20, 2009

Jgn Lupa Tinggalkan Jejak Anda ye...







Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun, Kos Rawatan serendah 10% dr kos sebenar di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00 )
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Malam td punya penangan.....

Ada orang tu belanjaaaaa......heheheehheee...
malam td tetiba je hubby MamaD ajak p makan makanan omputih...hehehheee..
Walaupun sebenarnya perut ku masih ada rasa kekenyangan...eecececeehh!!!
yo la tu....menanannnahh!!!
Aku pun on je la....mmg rezeki la malam td sbb kawan hubby aku tu yg belanja semua....
apalagi order tak hinggaaatttt!!!!
macam org tak makan 10 hari rupenyer...wakakkaaa
Korang tgk je la menu2 kat bawah ni...huh!!!! layaaaaannnn...

Dah terang2 la...peberet mama ni...fish n chip...nampak mcm biasa je kan...tp ranggup ikan dia..pastu kentang goreng dia sedap..tak mcm biasa...Danish je la yg bedal kentang tu...uuhuhuuuu...menu ni kat sini..rm12.90

ni pulak...menu hubby aku....kambing tu woooooo....
terang2 la...mamaD ni mmg tak leh makan kambing...tak tau nape??lepas makan mesti pening semacam...lagipun tak suka bau dia.....tp hubby aku.. tetap layaaaaannn....rm16.90 tu...pergh!!!mentang2 la org belanja...ekekekeee

ni pulak...menu org yg belanja tu.....hehehhee...tak tanya pulak bape rm???lupa la...


Korang tgk ni...dah stanby dah nak membalun dah hubby aku ni...yg aku menannnaahh!!! tu...tak sempat aku nak merasa buah naga tu...tgk2 dah lesap dah...wakakkaakk...

Kes budak sorang ni pulak...mlm td...bukan datang nak makan....nak balun air je kejenyeee...selagi air tu tak abis....selagi tu la danish ni tak reti dok diam...letak la air tu kat mana penjuru meja pun..mmg dia kejonya...wakakkaaaa...
tgk tu air yg dah abis pun dia sedut mcm org tak puas ati...terbongkok2 la...baru rasa sedapnya air laici...selama ni mamaD bagi suh rasa...exsen...tak nak....
mmg gitu la sikap danish ni..susah nak merasa sesuatu yg baru...tp bila dah dicalitkan sikit kat mulut dia..mula la..nak abiskan...wakakakaa
Beginilah rupenyer bila sudah dibalun....mmg tak terabis la weiiii...byk no tokey kedai ni bagi...wakakakaa...bbuuurrrlllpppp...alhamdulillah..rezeki Allah bagi...rm57 jugak la melayang duit org tu mlm td.....wakakaa..apepun tq...:)



Best regards,
szulnorain78
Agent Insurans

Great Eastern Life - Insuranskan pendapatan anda sekarang..!
Dptkan Kad medikal hnya RM1 sehari untuk dptkan nilai
kad RM60K setahun,Kos Rawatan serendah 10% dr kos yg tpaksa kita tanggung di Pakar..
(Co-ins 10% Maks 500.00).
plan anak:-rm60,rm120,rm150-siap medikal kad
plan dewasa:-rm130,rm150,rm180,rm200-siap medikal kad
tel.:0127121230 @ 0127442334
szulnorain@yahoo.com
http://www.tagged.com/szulnorain78

Permata Hati Kami

Yahooooooooooo!!!muka anak mama iras muka mama n papa!!!!ahaks!!

Rehat Sebentar...