
ARTIKEL BERKNAAN BATUK KETIKA HAMIL DI GOOGLE...
Pada masa ini isteri saya sering batuk2 dan kadang dia mengadu tekaknya sakit dan menyebabkan beliau kadangkala kurang selera untuk makan, Boleh tak Dr cadangkan sebarang rawatan untuk mengurangkan batuk yang dijangkiti oleh isteri saya atau ada sebabrang ubat yang boleh saya perolehi...
Jawapan
Batuk yang berpanjang akan menyebabkan kesihatan ibu dan anak akan terjejas. Ini dari segi psikologinya akan menyebabkan kesan selera makanan akibat dari tiada selera untuk makan. Cara yang baik - adalah mendapatkan kepastian dari mana punca batuk tersebut samada dari tekak atau telah melarat ke paru-paru.Walaubagaimana pun jika terdapat kesan infeksi - penggunaan antibiotik yang boleh digunakan ketika mengandung adalah digalakkan. Tambahan dengan ubat Thymol gargle yang akan membuangkan kuman tersebut dari pangkal tekak yang selalunya adalah gatal . Penggunaan ubat batuk juga adalah yang perlu diperhatikan supaya ianya tidak mendatangkan kesan kepada kandungan.
Bayangankan perut yang besar.. dengan rasa regangan bawah perut ..kebas dan sakit belakang. Ditambah dgn batuk rasa bergegar satu badan ..perit dan menyakitkan. Penat usah di katakan lagi... dan paling tidak selesa bila setiap kali batuk diiringi dgn keluarnya sejumlah air kencing . Ini kerana bayi yang telah membesarbertindak menekan bahagian tersebut dan bila ibu ibu batuk, tekanan bertambah kuat. Sedangkan pundi kencing bertambah lemah untuk mengekang air dari keluar. Batuk mendatangkan masalah yg besar bagi ibu ibu. Tidak selesa menyakitkan dan meletihkan. Bagi ibu yang kurang kuat, batuk yang keterlaluan kadangkala menyebabkan pendarahan. Apa yang saya lakukan? Makan ubat pun tak baik, buat ini tak baik..semuanya tak baik... finally Saya minum madu yang ditambah dgn asam limau nipis. Satu sudu biasa setiap pagi dan petang. Alhamdulillah ia beransur kurang dan batuk saya hilang.
No comments:
Post a Comment