Family MamaD

Family MamaD

Teman Setia mamaD

Note dr mamaD :

NOTE FROM mamaD :-

layari :- http://www.facebook.com/muslimahbijak.collections
dan jangan lupa bagi yang sedang cari2 kereta tuuu..leh lawati

~Dear Customers, please refer to our size chart before choosing the size for your T-shirt Muslimah.Thank you.

~Kepada pelanggan yang dihormati. Mohon rujuk carta ukuran T-shirt Muslimah sebelum membuat pilihan saiz. Terima kasih.

~Dear customers.To avoid confusion, we already taken out details for no stock T-Shirt Muslimah.

~Kepada pelanggan yang dihormati. Untuk mengelakkan kekeliruan, pihak kami telah mengeluarkan details bagi T-Shirt Muslimah yang telah kehabisan stok. Harap maklum.

~Dear Customers.Please take note that all sales is subject to stock availability.Muslimahbijak.com do not keeps all the designs and sizes at all time. We suggest that you check the design/size availability by clicking the link below the slide show.Thank you.

Saturday, April 25, 2009

Mahukah Anda Mengalami Nasib Yang serupa???

Mahukah Anda Mengalami Nasib Yang Serupa?




Bagaimana Seorang Isteri Boleh Menjamin Nafkah Hidup Yang Berterusan Dari Suaminya?
Kebiasaannya, suami Puan merupakan sumber rezeki kepada keluarga. Namun tidak ramai wanita yang menyedari, apabila suaminya meninggal dunia, sumber rezeki suami pun turut mati. Malahan keadaan menjadi lebih teruk lagi jika suami tidak mati tetapi hilang upaya keseluruhan atau lumpuh. Sekarang ini, seseorang itu boleh jadi lumpuh tidak kira samada kerana penyakit atau kemalangan.

Menjadi lumpuh bukan sahaja menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan akan menjadi lebih perit lagi untuk Puan tanggung. Lebih-lebih lagi dengan kos perubatan suami yang berterusan dan belanja sara hidup yang semakin mahal, saya pasti Puan akan menjadi lebih tertekan lagi.

TAPI !! TAPI ... TAPI .... TAPI.... ANDA BOLEH SETEL TU SEMUA DENGAN SEMUDAH KOPEK KACANG DAN MAKAN ( PETIK JARI JE ) SPERTI DI BAWAH :-

SENARIO PERTAMA - Suami Isteri Berharta

Suami Puan mungkin mempunyai hartanah seperti rumah dan simpanan/pelaburan. sebagai contoh:
Sepasang suami isteri yang memiliki rumah RM 200,000 dan simpanan ASB RM 50,000.

Apabila suaminya ditimpa penyakit kritikal dan memerlukan RM 250,000 untuk perbelanjaan kos perubatannya, TANPA JAMINAN INSURANS yang mencukupi, si isteri mungkin terpaksa menjual rumah tersebut dan menebus pelaburan ASB-nya untuk menampung kos tersebut. Dan apabila suaminya meninggal dunia selepas itu, si isteri tinggal sehelai sepinggang, kehilangan suami tersayang tanpa ada apa jua harta pusaka untuk dia menanggung kehidupan dirinya dan anak anak. Rumah tergadai, satu sen pun tiada!

SENARIO KEDUA - Suami Memiliki Jaminan Insuransnya Sendiri

Pastikan Suami/ isteri mengambil insurans yang berbaloi dan dapat menampung segala 'Over Head' si mati.
Pastikan jumlah insurans suami puan tinggi. Ye lah, kalau ikut logiknya, pampasan cuma RM 20,000 sahaja? Cuba Puan bayangkan? Tidakkah hidup Puan akan sengsara?

Kalau pampasan insurans suami baru RM 100,000. Saya rasa tak sampai setahun pun duit tersebut sudah habis dibelanja oleh puan untuk sara hidup. Ini pun belum termasuk hutang hutang yang dimiliki oleh suami yang perlu diselesaikan seperti pinjaman kereta, hutang kad kredit, pinjaman peribadi, hutang orang, hutang Courts Mammoth, hutang koperasi dan segala macam hutang lagi. Saya rasa, silap gaya, Puan yang kena tanggung hutang tu semua bila suami Puan langsung tidak buat apa apa persediaan.

Jadi, sekarang Puan perlu tanya diri Puan sendiri, samada berbaloi-kah insurans yang suami ambil itu dengan pengorbanan dan kesetiaan yang telah Puan curahkan kepadanya? Berbaloikah kalau Pampasan RM 100,000, Puan cuma dapat RM 12,500 sahaja sebagai hak Puan?

SIAPA YANG PATUT MENGAMBIL INSURANS ?

Orang yg yang bergantung kepada sumber pendapatan dari suami, walaupun sedikit (termasuk nafkah sendiri dan anak-anak)

Orang yang mempunyai risiko kehidupan tinggi, samada dari segi pekerjaan atau tabiat hidup (seperti selalu stress, merokok, gemar memandu dengan laju, menunggang/membonceng motosikal atau hidup sosial)

Isteri yang bersuamikan orang yang mempunyai pelbagai jenis hutang pinjaman.

Orang yang sedar kewangan keluarganya hanya cukup-cukup makan walaupun suami mempunyai pendapatan tetap.

Orang yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti peniaga atau ahli perniagaan korporat.

Isteri yang mahu melindungi kepentingan dan kebajikannya dari suami yang tidak pernah kisah untuk mengambil insurans.

????? ANDA !!! SENARIO MANA ? PILIH.. KITA SUDAH SEDIAKAN KEMUDAHAN, TP RAMAI MELAYU MASIH TIDAK TAHU KEPENTINGAN INSURANS. ADA BANGSA LAIN MEMINTA2 DLM BERITA SETELAH DITIMPA SAKIT @ HILANG PUNCA PENDAPATAN ???

No comments:

Permata Hati Kami

Yahooooooooooo!!!muka anak mama iras muka mama n papa!!!!ahaks!!

Rehat Sebentar...